Showing posts with label the big W. Show all posts
Showing posts with label the big W. Show all posts

Friday, August 17, 2012

93 Days Before The Big 'W' - Kerja Hujung Minggu

Update sebelum Raya:

Last week Kakngah &Abg Lokman balik dari Johor. Sebab raya ni dorang beraya kat Kelate. So a week before raya haruslah pulang ke Langat untuk berjumpa keluarga ye dok. Hehe. So, kesempatan yang ada digunakan untuk mengajak/memaksa Kakngah teman aku pegi collect kad kahwenku di kedai Kad KahwinMu. Ye. Kad kahwen saya dah siap. Memang awal and pantas mereka buat kerja. Hahaha. Janji nak siap bulan 9 sekali awal puasa dah siap. Aku amik vendor ni time Festival Kerja Kahwin dekat PICC bulan 3 ke 4 ntah dah lupa. Aku memang cari yang sehabis murah tapi still la nak nampak nice kan. Kalo nak murah sangat buat pakai Photoshop pastu gi fotostet laa. Hahaa.


Maka Sabtu tu aku, Kakngah &Abg Lokman pon gi la ke Pandan Indah nak collect kad tesebut. Aritu time nak design gi ngan Jude, so kali ni En Jude ni sebok je memanjang, aku gi la sendiri. Dan seperti biasa, aku memang tak ingat jalan (sbb tu bawak Kakngah &Abg Lokman. Hehe). Berpusing2 la jugak kat bangunan kedai2 tu, akhirnya jumpa. Lepas settle balance deposit semua next stop is Sri Angsana Caterer, Taman Nirwana Ampang. Kat Angsana ni aku amik pakej catering, pelamin & baju. Tapi, haritu sblm raya dah pergi ngan Jude nak pilih baju, malangnya taka da size kami (Ye, kami berdua size sgt RARE). So aku decide baju amik tempat lain. Pelamin je amik kat Angsana. So, kali ni aku nak finalizekan pelamin aku and decide nak contra dgn apa baju yg aku tak jadi amik tu.

Seperti biasa lagi, aku tak berapa ingat jalan lagi. HAHAHHAHAHA. Ape taknya, ni jalan dari arah Pandan Indah memangla aku tak familiar sgt. Hik3. Aku bersyukur dikurniakan kakak &abg ipar yang sgt PENYABAR. Hahahha. Berpusing2 la jugak kami. Sampai je Angsana aku jumpa ngan Kak Zana. Selalunye, sebelum ni aku slalu berurusan dgn Kila. Aku Tanya la Kila mana kan sbb dia dah taw camne design yang aku nak. Rupa-rupanya Kila dah berhenti sbb sambung study (she’s only 21!) So, Kak Zana ni la yang take over aku. Kak Zana ni org lama tp aku tak pernah jumpa dia lagi. Agak peramah &senang berbincang. Pelamin aku ni letak dalam rumah. So size dia limited and aku pikir tak perlu la nak hebat2 bagai. Tak semua tetamu masuk rumah. Pelamin ni just tempat bergambar2 je (aku tak buat merenjjis bagai tu). So aku pilih yg simple and nice. Paling penting banyak bunga. Hehehe. Aku harap la sangat dorang buat cantik2 pelamin aku ni. Oh ye, Kak Zana suggestkan baju di contra dgn PA system + Deejay. Oke gak tu since aku pon belum ada org lagi. Call ayah tanya, ayah ckp asalkan deejay dia bukan merapu2 sgt. Hahaha. Mana la aku nak tawkan. Kak Zana ckp boleh je, nanti bgtaw kat deejay tu. Settle!
~ HoHo ~
So, aku rasa puas hati sikit sbb dah begerak sket check list/planner aku. Menda yang paling aku risau sekarang ni ialah DOORGIFT. duhhh!
KBai.
:’|

p/s: Next update nak story mory pasal aku berDIY. Ekekeke. :P

Thursday, August 9, 2012

100 days before The Big 'W'


me : tengok check list sambil garu kepala yang tak gatal.
OHMAI!

Friday, August 3, 2012

3 Months before The Big ‘W’ – Layahku

Pening. Pening. Pening.

I’ve been thinking to make my own veil. Cewah… Bunyi mcm hebat je kan. Hahaha. Baca blog-blog B2B banyak yg DIY, save cost and most important, menepati apa yg kita mahu! Tapi conflict yg sedang berlaku di dalam diri ini adalah ‘what suits me best and my dress?’ Rasa mcm nak gi tanya Rizalman Ibrahim je. Hahahaha! Mcm la dia nak layan kan. Sobss.. :'(

Yang nak DIY ni utk veil reception. Since my dress adalah dari material chiffon, rasa mcm nak buat veil chiffon je. Tapi normally org pakai veil chiffon time nikah. Takan nikah pon nak DIY? Rugila sbb dah sewa kat butik (sewa semua peralatan nikah; veil+accessories+samping+bantal). Pastu tgh pening survey design pilihan hati, nak labuh mana, beads mcm mana, nak match dgn tudung gaya mcm mana. Oh! Pening-Pening!

Kita minum kopi dulu tenangkan hati.(bagi yang tidak berpuasa)
Cheers.

xoxo

Saturday, July 14, 2012

The Day I Became Miss Fiancée


Assalamualaikum.

Tajuk post yg agak poyo. Hahaha. Suke ati! YES. Now technically and officially I am the fiancee of Mr. Mohd Hafizuddin Bin Mat Razali (hamik ko name penuh). Sehingga ke hari post ini di publish, sudah 7 bulan ++ sy pegang title ini. Hehee. Tarikh yg dipilih adalah 3 Disember 2011. Kenapa 3 Disember? haa... sbb time tu bnyk sdare mara available. Hahaha. Takda spesial2 tarikh oke. Kami tak obses dgn tarikh2 cun. So entry kali ni nak cerita bagaimana bermulanya plan nak tunang2 bagai ni sampai ke hari kejadian..Jeng3x..Tp nak bgtaw awal2 sy ni takda la nak menukar jantina blog sy ni kpd blog B2B ye. (contoh blog B2B click B2B!)Tidak sama sekali. Cuma terexcited nk crite psl menda yg jadi once in my lifetime ni (InsyaAllah). Hehehe.

Okeh. Back to the track. Kisah bermula time sy dgn Jude (Si Tunangku) tengah lepak2 minum dekat Alamanda. Time tu nak pergi wedding one of our schoolmate. Si Jude ni tiba2 (not so tiba2 sgt la) tanya kalau nak buat majlis bertunang berapa kos, hantaran, bla bla bla. Sy yg agak expert (bebuat je) sbb dah ada experience kakak bertunang ni pon dok la menjawab soalan dia dgn bersemangat. Tak terlintas kt kepala sy ataupun kat mulut dia nak ajak bertunang. Kitorang ni walopon dah kenal 6, 7 tahun (tak ingat dah exactly, hahaha) tak pernah nak plan serius2 pasal bab2 ni. So lepas balik dari kenduri member tu pergilah terus beraya dekat rumah Jude (oh, time ni baru lepas raya). Tengah sedap2 makan spaghetti, di depan mak beliau dan maklong beliau, lantas En Jude ni dengan selamba terus berkata, 


“Ok, dah semua org ada kat sini jomla kita plan nak bertunang. Bulan depan ok?”

Hampir nak terkeluar spaghetti dr mulut, nasib baik tak menyemboq. Cis, ni yg buat sy rasa nak sorok muka dalam handbag ni. Mak and Maklong dia pon excitedla. Sy? Senyum jeee…(dalam hati, siap kau nanti. At least bgtawla aku dulu. Huhu.)

Nak dipendekkan cerita, lepas sy kaborkan pd ayahanda dan bondaku, sesi risik merisik pon diadakan. Semangat betul si Dia menjelaskan maksud hatinye kat keluarga sy. Saya kat dapur telinga dah macam gajah curik2 dengar. Ekekeke. Maka, sebentuk cincin sebagai tanda di terima (sambil melompat2) :))

Di pendekkan lagi cerita, sesi persiapan majlis bertunang pon bermula. Bermula dgn theme color, tanpa syak wasangka lagi, Orange! Okeh. Lets pictures do the talk!

Ayah &Emak &Shaye <3
Kain: Mak beli time pergi Bandung.
Tempah: Butik Rose MZ, Kajang.
Beading kat tangan: DIY. (nak bagitaw jgk!)

Shaye &Hami <3
Shawl: Aalia by Gulati’s
Inner: Aalia by Gulati’s
Makeup: SENDIRI! Sambil tgk tutorial ini.
Barang-barang makeup: Kaklong’s collection and mine.




With The Hantarans
Bakul Hantaran: Kedai kat Ampang. Lupa dah nama kedai tu. Hehee.
Fresh Flowers & Sireh Junjung: Auntie Shanti (kawan mak. Dpt best price tu!)


 Backdrop: Kain beli kat Kamdar tempah kt Makcik dok Nanding dgn charge yg MAHAL! Bengang.

Future Mother in Law. InsyaAllah...

The Ladies.

Berebut cokelat.
Doorgift: Wani which is my cousin’s wife. She made this beautiful choc!

The Awesomers! <3

Rombongan lelaki sampai awal 15minit. Majlis start pukul 11.00 am. Thanks to my besties & all my friends yg sudi datang! Tak buat  besar pon kenduri, just jemput saudara mara and kenalan yg terdekat je. Kepada sesiapa yg tak terjemput jgnla kecil hati. Tunang je baru. Nanti kahwin confirm I jemput. Hehehe.

Abes dah cerita 7 bulan lepas. HAHAHAHAHA!

XOXO
:*