Thursday, July 19, 2012

Ahli Baru...!


Introducing........... (drum roll)






NUR ALIYA IRDINA!

"Ollo...! Shaye Liya..I'm 2 months old now...:)"

Alhamdulillah! This beautiful, adorable, irresistible baby girl was born on 17th May 2012; 8.31am with 3.61 kg at Hospital Pantai, Bangsar. She is Aqilah’s younger sister!

Ni fresh lagi ni. Baru 2 hari.
Tetomei get ready nak di'botak'kan..hehee


2 minggu selepas Aliya dilahirkan di dunia ini, Kenduri Aqiqah telah pun diadakan bertempat di teratak Atok & Nenek.

Buai berendoi by Buai Berendoi Sicomel.
* Kecuali bunga telur tak ditempah. Sila kagum dgn bunga telur tersebut. Kekekee.

Aliya dah tukar baju baru nak amik gamba dalam buai. Huhuu.

Saya minta soft Pink, tp dia bg pink terang. Patot kena bagi discount.

Atok mencukur.

Org2 kuat kenduri. Termasuk cenonet di tengah iteww.
"Shaye selepas dibotakkan."

Yang specialnya time kenduri ni bunga telur adalah DIY by ME. Hahaha. Sila bangga dengan diri sendiri. *Tepok2. Plannya nak try test power kalau menjadi nak buat bunga telur sendiri time kenduri kahwen saya nanti. Tapi, tatawla sempat ke tak nak menganyam bunga kertas itu. Huhu.

Seronok jgk ber DIY ni. Berminggu-minggu jugak nak siapkan 50 batang. SHJ.
Hehehehe.

Seronok & meriah rumah kalau ada budak kecik ni. Aqilah pon makin membesar dan semakin bijak. Tengok dia membesar buat saya rasa terharu sgt. Apa taknya, saya yang jaga dia kejap time dia baby, tengok 1st step dia, main dgn dia, gadoh ngan dia. Isk. dah besar ni dah takmo main ngan Maklang lagi. Asek Ipad aje. Ni la dia antara keburukkan teknologi. Huhuu.

Paling best nak tgk Aliya membesar lepas tu jalan sama2 dgn Aqilah pkai baju sedondon. Tomei gitu. Ahax!

XOXO
Maklang.

Saturday, July 14, 2012

The Day I Became Miss Fiancée


Assalamualaikum.

Tajuk post yg agak poyo. Hahaha. Suke ati! YES. Now technically and officially I am the fiancee of Mr. Mohd Hafizuddin Bin Mat Razali (hamik ko name penuh). Sehingga ke hari post ini di publish, sudah 7 bulan ++ sy pegang title ini. Hehee. Tarikh yg dipilih adalah 3 Disember 2011. Kenapa 3 Disember? haa... sbb time tu bnyk sdare mara available. Hahaha. Takda spesial2 tarikh oke. Kami tak obses dgn tarikh2 cun. So entry kali ni nak cerita bagaimana bermulanya plan nak tunang2 bagai ni sampai ke hari kejadian..Jeng3x..Tp nak bgtaw awal2 sy ni takda la nak menukar jantina blog sy ni kpd blog B2B ye. (contoh blog B2B click B2B!)Tidak sama sekali. Cuma terexcited nk crite psl menda yg jadi once in my lifetime ni (InsyaAllah). Hehehe.

Okeh. Back to the track. Kisah bermula time sy dgn Jude (Si Tunangku) tengah lepak2 minum dekat Alamanda. Time tu nak pergi wedding one of our schoolmate. Si Jude ni tiba2 (not so tiba2 sgt la) tanya kalau nak buat majlis bertunang berapa kos, hantaran, bla bla bla. Sy yg agak expert (bebuat je) sbb dah ada experience kakak bertunang ni pon dok la menjawab soalan dia dgn bersemangat. Tak terlintas kt kepala sy ataupun kat mulut dia nak ajak bertunang. Kitorang ni walopon dah kenal 6, 7 tahun (tak ingat dah exactly, hahaha) tak pernah nak plan serius2 pasal bab2 ni. So lepas balik dari kenduri member tu pergilah terus beraya dekat rumah Jude (oh, time ni baru lepas raya). Tengah sedap2 makan spaghetti, di depan mak beliau dan maklong beliau, lantas En Jude ni dengan selamba terus berkata, 


“Ok, dah semua org ada kat sini jomla kita plan nak bertunang. Bulan depan ok?”

Hampir nak terkeluar spaghetti dr mulut, nasib baik tak menyemboq. Cis, ni yg buat sy rasa nak sorok muka dalam handbag ni. Mak and Maklong dia pon excitedla. Sy? Senyum jeee…(dalam hati, siap kau nanti. At least bgtawla aku dulu. Huhu.)

Nak dipendekkan cerita, lepas sy kaborkan pd ayahanda dan bondaku, sesi risik merisik pon diadakan. Semangat betul si Dia menjelaskan maksud hatinye kat keluarga sy. Saya kat dapur telinga dah macam gajah curik2 dengar. Ekekeke. Maka, sebentuk cincin sebagai tanda di terima (sambil melompat2) :))

Di pendekkan lagi cerita, sesi persiapan majlis bertunang pon bermula. Bermula dgn theme color, tanpa syak wasangka lagi, Orange! Okeh. Lets pictures do the talk!

Ayah &Emak &Shaye <3
Kain: Mak beli time pergi Bandung.
Tempah: Butik Rose MZ, Kajang.
Beading kat tangan: DIY. (nak bagitaw jgk!)

Shaye &Hami <3
Shawl: Aalia by Gulati’s
Inner: Aalia by Gulati’s
Makeup: SENDIRI! Sambil tgk tutorial ini.
Barang-barang makeup: Kaklong’s collection and mine.




With The Hantarans
Bakul Hantaran: Kedai kat Ampang. Lupa dah nama kedai tu. Hehee.
Fresh Flowers & Sireh Junjung: Auntie Shanti (kawan mak. Dpt best price tu!)


 Backdrop: Kain beli kat Kamdar tempah kt Makcik dok Nanding dgn charge yg MAHAL! Bengang.

Future Mother in Law. InsyaAllah...

The Ladies.

Berebut cokelat.
Doorgift: Wani which is my cousin’s wife. She made this beautiful choc!

The Awesomers! <3

Rombongan lelaki sampai awal 15minit. Majlis start pukul 11.00 am. Thanks to my besties & all my friends yg sudi datang! Tak buat  besar pon kenduri, just jemput saudara mara and kenalan yg terdekat je. Kepada sesiapa yg tak terjemput jgnla kecil hati. Tunang je baru. Nanti kahwin confirm I jemput. Hehehe.

Abes dah cerita 7 bulan lepas. HAHAHAHAHA!

XOXO
:*

Friday, July 13, 2012

2012 First Entry!

Assalammualaikum.

Baru je lepas menggeledah blog ni yg dah lama tak dikunjungi. Baca balik entry2 lama rasa best la plak. Oh, itu rupanya kegunaan blog. Bagi kita ingat balik old memories. Walaupun jarang gilak hapdet. Hahaha. So kali ni sy tanak menabur janji2 palesu lagi kunun2 nak rajin hapdet. Hehehe. Disebabkan untuk beberapa bulan ni maybe la sy akan berada lama di depan PC, so MUNGKIN sy akan rajen hapdet. (KahKahKah). Lelagi ada banyak menda akan/bakal/mungkin terjadi within this year! HOMAI!

Next post I will share something that happened last year. (Dah basi tp ade haku kesah? Hak3!)






XOXO
:)