Saturday, July 14, 2012

The Day I Became Miss Fiancée


Assalamualaikum.

Tajuk post yg agak poyo. Hahaha. Suke ati! YES. Now technically and officially I am the fiancee of Mr. Mohd Hafizuddin Bin Mat Razali (hamik ko name penuh). Sehingga ke hari post ini di publish, sudah 7 bulan ++ sy pegang title ini. Hehee. Tarikh yg dipilih adalah 3 Disember 2011. Kenapa 3 Disember? haa... sbb time tu bnyk sdare mara available. Hahaha. Takda spesial2 tarikh oke. Kami tak obses dgn tarikh2 cun. So entry kali ni nak cerita bagaimana bermulanya plan nak tunang2 bagai ni sampai ke hari kejadian..Jeng3x..Tp nak bgtaw awal2 sy ni takda la nak menukar jantina blog sy ni kpd blog B2B ye. (contoh blog B2B click B2B!)Tidak sama sekali. Cuma terexcited nk crite psl menda yg jadi once in my lifetime ni (InsyaAllah). Hehehe.

Okeh. Back to the track. Kisah bermula time sy dgn Jude (Si Tunangku) tengah lepak2 minum dekat Alamanda. Time tu nak pergi wedding one of our schoolmate. Si Jude ni tiba2 (not so tiba2 sgt la) tanya kalau nak buat majlis bertunang berapa kos, hantaran, bla bla bla. Sy yg agak expert (bebuat je) sbb dah ada experience kakak bertunang ni pon dok la menjawab soalan dia dgn bersemangat. Tak terlintas kt kepala sy ataupun kat mulut dia nak ajak bertunang. Kitorang ni walopon dah kenal 6, 7 tahun (tak ingat dah exactly, hahaha) tak pernah nak plan serius2 pasal bab2 ni. So lepas balik dari kenduri member tu pergilah terus beraya dekat rumah Jude (oh, time ni baru lepas raya). Tengah sedap2 makan spaghetti, di depan mak beliau dan maklong beliau, lantas En Jude ni dengan selamba terus berkata, 


“Ok, dah semua org ada kat sini jomla kita plan nak bertunang. Bulan depan ok?”

Hampir nak terkeluar spaghetti dr mulut, nasib baik tak menyemboq. Cis, ni yg buat sy rasa nak sorok muka dalam handbag ni. Mak and Maklong dia pon excitedla. Sy? Senyum jeee…(dalam hati, siap kau nanti. At least bgtawla aku dulu. Huhu.)

Nak dipendekkan cerita, lepas sy kaborkan pd ayahanda dan bondaku, sesi risik merisik pon diadakan. Semangat betul si Dia menjelaskan maksud hatinye kat keluarga sy. Saya kat dapur telinga dah macam gajah curik2 dengar. Ekekeke. Maka, sebentuk cincin sebagai tanda di terima (sambil melompat2) :))

Di pendekkan lagi cerita, sesi persiapan majlis bertunang pon bermula. Bermula dgn theme color, tanpa syak wasangka lagi, Orange! Okeh. Lets pictures do the talk!

Ayah &Emak &Shaye <3
Kain: Mak beli time pergi Bandung.
Tempah: Butik Rose MZ, Kajang.
Beading kat tangan: DIY. (nak bagitaw jgk!)

Shaye &Hami <3
Shawl: Aalia by Gulati’s
Inner: Aalia by Gulati’s
Makeup: SENDIRI! Sambil tgk tutorial ini.
Barang-barang makeup: Kaklong’s collection and mine.




With The Hantarans
Bakul Hantaran: Kedai kat Ampang. Lupa dah nama kedai tu. Hehee.
Fresh Flowers & Sireh Junjung: Auntie Shanti (kawan mak. Dpt best price tu!)


 Backdrop: Kain beli kat Kamdar tempah kt Makcik dok Nanding dgn charge yg MAHAL! Bengang.

Future Mother in Law. InsyaAllah...

The Ladies.

Berebut cokelat.
Doorgift: Wani which is my cousin’s wife. She made this beautiful choc!

The Awesomers! <3

Rombongan lelaki sampai awal 15minit. Majlis start pukul 11.00 am. Thanks to my besties & all my friends yg sudi datang! Tak buat  besar pon kenduri, just jemput saudara mara and kenalan yg terdekat je. Kepada sesiapa yg tak terjemput jgnla kecil hati. Tunang je baru. Nanti kahwin confirm I jemput. Hehehe.

Abes dah cerita 7 bulan lepas. HAHAHAHAHA!

XOXO
:*

2 comments:

  1. Mana gamba tunang awk tu? X nampak pun..

    ReplyDelete
  2. Gambar tunang tak bole expose lagi..lagipun dia tu low profile orgnye boss..:D

    ReplyDelete