Tuesday, October 30, 2012

Tuesday, October 23, 2012

My Hero

I cried when I read this!

'Gosok-gosok mata konon habuk masuk (hopefully boss tak nampak)'

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, 

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, 

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, 

“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, 

“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, 

“Juga untuk seorang.” 

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


InsyaAllah syurga untuk ayah.
I love you ayah. :')




Wednesday, October 10, 2012

What's the worst situation you've been in during a black out?



Pagi ni otw nak ke tempat kerja aku dengar Fly FM. Memang jadi rutin pagi-pagi dengar Pagi Rock Crew (Hafiz & Prem) ni buat lawak. Lawak dorang memang lawak yang aku boleh gelak. Tapi kadang-kadang ba wau dal wau ha jgk. Bila dorang buat lawak ni aku tukar la ke Sinar FM. Hihii.

Pagi ni topic discussion dorang ialah ‘what’s the worst situation you've been in during a black out?’ Tetiba aku teringat kenangan time kat matrix. Gelak sesorang. Hahaa. Memang aku pernah alami situation ni. Walaupon tak extreme tapi kelakar.

Time tu bilik kat matrix kecik (Kolej Zainab yo!) 1 bilik 4 org. Malam tu kitorang ni pegila sewa CD cerita-cerita hantu. Masa tu tgh hot cerita kat Indon yang dorang wat paranormal aktiviti, letak sorang-sorang kat rumah terbiar pastu record hantu. Wuwuu~ Indon ni kan hantu-hantu dia extreme sket. Memang goosebump laa tgk cerita tu. Dah abes tgk ktorang pon sambung wat kerja memasing sambil kat kepala terngiang2 muka hantu-hantu tu tadi. Nak dijadikan cerita, elok je nak start wat kerja, tiba-tiba BLACKOUT! roomate aku dah menjerit n teros melompat kat aku. (aku ni time2 macamni mmg slalu jadi Hero.Hahaha.) Aku pon dgn tenang ckp sekejap je kot blackout ni. Tiba-tiba bulu-bulu romaku naik & wajah2 hantu Indon tadi belegar kat kepala. Damn! Aku pon terus meluru ke pintu nak keluar diikuti roomate ku. Dalam hati tataw nape gatal dok pikir ‘Janganla pintu tiba2 terkunci & terperangkap dalam bilik ni’. Bila aku dok pulas tombol pintu tu, ‘TAP’, PINTU TERKUNCI & TAK BOLEH BUKAK. Diulangi sekali lagi, TERKUNCI! And menda yang paling aneh sekali, sepanjang ktorang dok bilik tu tak pernah lagi pintu buat hal terLock dari dalam. Tak pernah oke! Aku time tu tuhan saje la yang taw mcm mne perasaannye. Dengan bedebar2 nye, dgn goosebump nye, dgn bdk dua org ni dah dok meroyan. Hahhahaha. Sadis sungguh. Selepas bekali-kali aku try pulas punya pulas, terbukak jgk la pintu itu, with no reason, and after few seconds, electric ada blk. Oke. You got us. Puas ye mainkan kami. (-_____-‘)

Kejadian yang mcm ni, rasa dimain2 kan oleh ‘He Who Must Not Be Named’ pernah gak terjadi lps matrix, kat UIA Gombak. Time tu 1st year, 1st sem, kira freshie lg laa..dalam bilik aku dok ber-4. Katil double decker & aku tido atas. Tgh2 malam time dilamun mimpi, roommate aku kejutkan aku gopoh gapah sambil menangis meraung. Kusss smangat mak… aku punya tekejot dikejutkan mcm tu, rse mcm roh nak masok badan ni sangkut2 aje. Lagi aku panic tgk dia nangis2 tgh2 pagi kol 3 ni. Aku try tenangkan dia tapi tak tanya kenapa, sbb kalo tiba2 dia ckp nampak hantu maunye aku pindah bilik mlm tu. Hahaha. Dia nangis n keep nangis sambil ckp something. Tapi tak paham sbb ckp time nangis kan. 2 lagi roommate aku tu dah tebeliak biji mata dok tgk je dia nangis, sbb diorang 2 ni mmg la lagi terkenal dgn kepenakutan dia.( yes, im a hero once again. Kui kui kui). Aku taw semua pon tgh takut time tu (termasuk aku, tapi wat gaya macho) aku pon suruhla sme org tarik tilam & tido ramai2 atas lantai. Semua pon patuh n tak terkeluar pon sepatah perkataan dek sbb takot sgt. Aku tido hujung sekali (ye, hujung sekali tmpt paling saspen) dah tutup lampu n semua org mcm dah bertenang sket, otak aku dok merawang2. Of course lah aku tak leh tido blk. Dok piker nape dia nangis, dia Nampak ape? Ape yg jadi sebenarnye? Tgh dok merewang2 tu tiba2 ‘BAMMM!!!’ towel kt hanger yang digantungkan dekat locker besi jatuh. Hamik ko! Bunyi de mcm locker tu yang jatuh. Pelik sbb takde angina rebut towel tu tbe2 jatoh. Oke fine, you got us again! Then, apa lagi, roommate aku yg td dok meraung tu, makin lg meraung laa. Hadoyai. Yang muka 2 bdk ni dah makin kecut nak nangis. Aku punye panic istigfar bnyk2. So sbgai hero lg, aku ckp ‘okeh, kita baca yassin!’ so malam tu pukul 3 pagi kami berempat baca yassin and mengharapkan ketenangan dr Ilahi. (-_____-‘)

That’s all, antara kenangan anker yang tak dapat aku lupa. HAHAHAHA. (gelak seram)


Wednesday, October 3, 2012

46 Days before the Big 'W' - To be Done.

Kupu-kupu dalam perut!
 
 
 
Macam mane nak buang kupu-kupu dalam perut ni??
Seronok?Eksited? Saspen? Takut? Gembira? Sedih? Sayu? u name it. semua rasa pon ada sekarang.
 
Separuh dah boleh lega. Fitting done. Doorgift done (Thanks beribu2 kepada pensponsor2 :))) Barang hantaran almost done. Renovation done. HIV test done. Kad dah start hantar.
 
Yang tgh cuak saspen tak settle lagi veil tak habis jahit manik. Handbag kasut tak jumpa lagi. Borang tok kadi tak settle lagi. Bekas hantaran takda idea lagi. Deco bilik takda idea jgk. Arghh!
 
Paling pening haruskah aku specky or not time majlis nanti???
:((((((((((
 
 
OR
 
 
Duhh!
 

Thursday, September 27, 2012

Inspiration II

if you plant Honesty you will reap Trust

if you plant Goodness you will reap Friends

if you plant Humility you will reap Greatness

if you plant Consideration you will reap Harmony

if you plant Hardwork you will reap Success

if you plant Forgiveness you will reap Reconciliation
 

I want to be a Gardener!

Wednesday, September 26, 2012

Inspiration.

Awesome quotes for today!
 






Go xera...! Go...!

Sunday, September 23, 2012

:'(

Oi. Oi.
 
Nape makin dekat mase makin rase sedeh ni. :'(
 
Sobss.

Thursday, September 20, 2012

58 Days Before the Big 'W' - Negative!

Kadang-kadang ada jugak benda yang negatif tu yang bagosss.


Wednesday, September 12, 2012

67 Days Before The Big 'W' - Le Veil

"When I was little girl, and was a flower girl (only once, though it was my life's ambition), the bride took me aside at the rehearsal dinner to show me her veil (squeee!) and to explain to me that you should always, always make your veil. She explained that veils were marked up, and a huge rip off, and pretty easy to sew. I, of course, listened carefully, and nodded seriously, and then Remembered Forever."
 - Meg Kenee -
 

In the Making.


Friday, August 17, 2012

93 Days Before The Big 'W' - Kerja Hujung Minggu

Update sebelum Raya:

Last week Kakngah &Abg Lokman balik dari Johor. Sebab raya ni dorang beraya kat Kelate. So a week before raya haruslah pulang ke Langat untuk berjumpa keluarga ye dok. Hehe. So, kesempatan yang ada digunakan untuk mengajak/memaksa Kakngah teman aku pegi collect kad kahwenku di kedai Kad KahwinMu. Ye. Kad kahwen saya dah siap. Memang awal and pantas mereka buat kerja. Hahaha. Janji nak siap bulan 9 sekali awal puasa dah siap. Aku amik vendor ni time Festival Kerja Kahwin dekat PICC bulan 3 ke 4 ntah dah lupa. Aku memang cari yang sehabis murah tapi still la nak nampak nice kan. Kalo nak murah sangat buat pakai Photoshop pastu gi fotostet laa. Hahaa.


Maka Sabtu tu aku, Kakngah &Abg Lokman pon gi la ke Pandan Indah nak collect kad tesebut. Aritu time nak design gi ngan Jude, so kali ni En Jude ni sebok je memanjang, aku gi la sendiri. Dan seperti biasa, aku memang tak ingat jalan (sbb tu bawak Kakngah &Abg Lokman. Hehe). Berpusing2 la jugak kat bangunan kedai2 tu, akhirnya jumpa. Lepas settle balance deposit semua next stop is Sri Angsana Caterer, Taman Nirwana Ampang. Kat Angsana ni aku amik pakej catering, pelamin & baju. Tapi, haritu sblm raya dah pergi ngan Jude nak pilih baju, malangnya taka da size kami (Ye, kami berdua size sgt RARE). So aku decide baju amik tempat lain. Pelamin je amik kat Angsana. So, kali ni aku nak finalizekan pelamin aku and decide nak contra dgn apa baju yg aku tak jadi amik tu.

Seperti biasa lagi, aku tak berapa ingat jalan lagi. HAHAHHAHAHA. Ape taknya, ni jalan dari arah Pandan Indah memangla aku tak familiar sgt. Hik3. Aku bersyukur dikurniakan kakak &abg ipar yang sgt PENYABAR. Hahahha. Berpusing2 la jugak kami. Sampai je Angsana aku jumpa ngan Kak Zana. Selalunye, sebelum ni aku slalu berurusan dgn Kila. Aku Tanya la Kila mana kan sbb dia dah taw camne design yang aku nak. Rupa-rupanya Kila dah berhenti sbb sambung study (she’s only 21!) So, Kak Zana ni la yang take over aku. Kak Zana ni org lama tp aku tak pernah jumpa dia lagi. Agak peramah &senang berbincang. Pelamin aku ni letak dalam rumah. So size dia limited and aku pikir tak perlu la nak hebat2 bagai. Tak semua tetamu masuk rumah. Pelamin ni just tempat bergambar2 je (aku tak buat merenjjis bagai tu). So aku pilih yg simple and nice. Paling penting banyak bunga. Hehehe. Aku harap la sangat dorang buat cantik2 pelamin aku ni. Oh ye, Kak Zana suggestkan baju di contra dgn PA system + Deejay. Oke gak tu since aku pon belum ada org lagi. Call ayah tanya, ayah ckp asalkan deejay dia bukan merapu2 sgt. Hahaha. Mana la aku nak tawkan. Kak Zana ckp boleh je, nanti bgtaw kat deejay tu. Settle!
~ HoHo ~
So, aku rasa puas hati sikit sbb dah begerak sket check list/planner aku. Menda yang paling aku risau sekarang ni ialah DOORGIFT. duhhh!
KBai.
:’|

p/s: Next update nak story mory pasal aku berDIY. Ekekeke. :P

Wednesday, August 15, 2012

Testing

Ollo~
Percubaan 1,2,3...

Hak3. Try test power blogging guna phone. :P


Tuesday, August 14, 2012

MooDy

Hari ni saya isytiharkan 'Hari Tak Ada Mood Sedunia'..!

Serius rasa tak ada mood harini. Mood ku telah dibawa pergi oleh angin2 panas terik kat Mesia ni. Huhuhu. Antara punca2 aku tak ada mood hari ni adalah kerana:

1. Flight & Air Asia
Bengang. Sebab baru perasan promotion dah habis hari ni which I was about to book our flight ticket. Arghhh! Naik dalam 2rat juga. Banyak la jugak tu. Geram! Geram! So, terus tak jadi nak book dulu. Grrr!

2. Boss & Renovation
Boss hari2 push bila renovation nak siap. Hari ni contractor datang lambat. Apa lagi ngamok la boss. Aku ni nak buat garang kat contractor pon seba salah sbb ni contractor lama dorang. Dorang dah biasa ngan contractor ni. Tapi bengang la jgk dah bape lama delay. Lepas raya kot baru siap. Tu pon belum finalize furniture, equipment etc. Kang aku buat bodo kang salah, bila aku nak buat ade je yang tak kena ngan dorang, tak ikot style dorang yang dah keja lama tu. Aduhhh. Tension lagi.

3. Officemate & Shut up
Dapat officemate (sorang pon dah ckop) yang BANYAK cakap memang pening. Tak berhenti bercakap and keep repeating the same things. Oh, dia bukan pon becerita ngan aku, tapi dok bercerita ngan orang lain (which org tu pon dah malas nak layan) tapi macam nak cerita 1 office. Annoying. Damn annoying.

4. Kahwin & Preparation
Oke. Ni pon buat pening. Banyak tak settle lagi. Malas nak cerita pepanjang pasal ni. Sebab makin hari makin dekat tarikh n makin serammmm...

Maka, dengan sebab ini aku rasa malas nak buat kerja &nak balik rumah cepat and tidur. Ataupon dapat gi hiburkan hati adalah sangat awesome sekali tatkala ini.

Oh mood, please come back to me.

Thursday, August 9, 2012

100 days before The Big 'W'


me : tengok check list sambil garu kepala yang tak gatal.
OHMAI!

Saturday, August 4, 2012

Weird is Pelik is Aku

Aku ada perangai pelik. Aku rasa semua org pon mesti ada perangai pelik. Antara perangai pelik aku ialah aku suka misteri, benda yg pelik, sifat ingin tahu yang kuat, yang kena menyiasat. Mungkin dulu aku pernah berangan nak jadi penyiasat. Aku igat lagi time aku darjah 5 aku dan geng2 aku buat 1 kumpulan penyiasatan. Kitorg gelar diri kitorang FBI (ye, FBI kat amerikah itu). Kitorang siap ade buku 555 untuk catat nota n rekod apa2 yang misteri. Kitorang siap minta signature dari cikgu2 sekolah untuk mengiktirafkan kumpulan kitorang (cikgu2 gelak je time nak sign tu). Asal penubuhan kumpulan FBI ni sebab kami berlima didatangi mimpi yang sama pada malam yang sama. Mimpi pasal bukit. Ye.. BUKIT. Sila gelak. Antara misteri yang cuba diselesaikan oleh kami ialah classmate kena sampuk sbb main dengan mentadak mentadu, kisah belakang bukit (tanak cerita sbb i sorg2 tulis entry di tgh mlm ini. huhu) n apa tah lagi yang aku dah lupa. Walaupun kumpulan FBI ini terkubur selepas aku bepindah sekolah, tapi minat aku pada cerita2 misteri atau apa2 yang memerlukan penyiasatan tetap beterusan. Aku suka pinjam buku kat library pasal misteri/penyiasatan. Kadang2 weekend aku amik kunci library sekolah kat mak aku (mak aku ada kunci library ok) aku dan kakak aku masuk library main game and amik buku (of course buku penyiasatan) tanpa kebenaran. Tapi lepas tu kitorang pulangkan la balik.

So bila dah besar remaja ni aku punya perangai ni masih ada.. Mungkin tak ada la niat nak tubuh pasukan penyiasatan lagi. Tapi aku perasan aku ni kalo tgh tgk movie ke n tetiba rase mcm familiar pelakon dia, aku akan pause n googling. Dah puas hati taw sapa actor dia baru aku akan sambung balik. Aku suka baca (i mean googling) pasal 7 wonders, misteri alam, kisah2 lama. Senang cakap, kalau aku dah terdetik nak taw pasal something tu aku akan cari sampai aku puas hati. Jadi masalah kat aku gak peerangai aku ni sebab selagi aku tak puas hati menda ni akan keep bugging aku, menghantui aku, aku akan selalu terpikir n aku jadi susah la kan. Ada 1 lagi kes yang aku sampai sekarang tak dapat solve and keep bothering me. Perangai aku ni bukan setakat time tgk movie je, or baca buku/paper/article je. Ianya termsuk kat dunia real life aku. Kehidupan seharian aku. Contohnya, aku nak taw pasal boss baru aku tanpa bertanya dia siapa dia. So aku google nama dia, kalau perlu tgk twitter/fb dia, tgk dia pnya style mcm mana, background etc. Kes lain bekaitan perangai aku ni, ada 1 girl dekat fb aku ni yang aku tak kenal (kami friend sbb main game je) yang aku rasakan gambar2 dia tu plastik. Aku tataw napa aku rasa dia mcm amik gambar org lain n claim itu gambar dia. Cara dia photoshop tu mcm superimposed. Sumpah it keep bothering me. Aku tanak unfriend dia ataupun hide dia sbb aku suka baca komen2 mamat2 yg tergila2kan girl ni. HAHAHAHA. So, sekarang aku ni gila ke, psycho ke, atau pelik? Aku ni tak reti nak amik menda mudah. Bak kata org putih take it easy. Aku mesti nak membesarkan jugak. So sekarang aku ni complicated, right?

So lagi, bila perangai pelik aku ni jadi masalah kat org lain, or ada org complaint, aku terdiam n pk. Aku ni dah nyusahkan org ke? Aku tak sentuh pon org itu. Aku just cari jalan penyelesaian nak puas kan hati aku yang nak sgt tahu. Ini aku. Aku tak taw nak buat tak taw mcm kau buat tak taw. Taw? Kalau tak taw, aku pon tak taw nak ckp ape. U have to accept me or nobody's stopping u from leaving.

:)

Friday, August 3, 2012

3 Months before The Big ‘W’ – Layahku

Pening. Pening. Pening.

I’ve been thinking to make my own veil. Cewah… Bunyi mcm hebat je kan. Hahaha. Baca blog-blog B2B banyak yg DIY, save cost and most important, menepati apa yg kita mahu! Tapi conflict yg sedang berlaku di dalam diri ini adalah ‘what suits me best and my dress?’ Rasa mcm nak gi tanya Rizalman Ibrahim je. Hahahaha! Mcm la dia nak layan kan. Sobss.. :'(

Yang nak DIY ni utk veil reception. Since my dress adalah dari material chiffon, rasa mcm nak buat veil chiffon je. Tapi normally org pakai veil chiffon time nikah. Takan nikah pon nak DIY? Rugila sbb dah sewa kat butik (sewa semua peralatan nikah; veil+accessories+samping+bantal). Pastu tgh pening survey design pilihan hati, nak labuh mana, beads mcm mana, nak match dgn tudung gaya mcm mana. Oh! Pening-Pening!

Kita minum kopi dulu tenangkan hati.(bagi yang tidak berpuasa)
Cheers.

xoxo

Thursday, July 19, 2012

Ahli Baru...!


Introducing........... (drum roll)






NUR ALIYA IRDINA!

"Ollo...! Shaye Liya..I'm 2 months old now...:)"

Alhamdulillah! This beautiful, adorable, irresistible baby girl was born on 17th May 2012; 8.31am with 3.61 kg at Hospital Pantai, Bangsar. She is Aqilah’s younger sister!

Ni fresh lagi ni. Baru 2 hari.
Tetomei get ready nak di'botak'kan..hehee


2 minggu selepas Aliya dilahirkan di dunia ini, Kenduri Aqiqah telah pun diadakan bertempat di teratak Atok & Nenek.

Buai berendoi by Buai Berendoi Sicomel.
* Kecuali bunga telur tak ditempah. Sila kagum dgn bunga telur tersebut. Kekekee.

Aliya dah tukar baju baru nak amik gamba dalam buai. Huhuu.

Saya minta soft Pink, tp dia bg pink terang. Patot kena bagi discount.

Atok mencukur.

Org2 kuat kenduri. Termasuk cenonet di tengah iteww.
"Shaye selepas dibotakkan."

Yang specialnya time kenduri ni bunga telur adalah DIY by ME. Hahaha. Sila bangga dengan diri sendiri. *Tepok2. Plannya nak try test power kalau menjadi nak buat bunga telur sendiri time kenduri kahwen saya nanti. Tapi, tatawla sempat ke tak nak menganyam bunga kertas itu. Huhu.

Seronok jgk ber DIY ni. Berminggu-minggu jugak nak siapkan 50 batang. SHJ.
Hehehehe.

Seronok & meriah rumah kalau ada budak kecik ni. Aqilah pon makin membesar dan semakin bijak. Tengok dia membesar buat saya rasa terharu sgt. Apa taknya, saya yang jaga dia kejap time dia baby, tengok 1st step dia, main dgn dia, gadoh ngan dia. Isk. dah besar ni dah takmo main ngan Maklang lagi. Asek Ipad aje. Ni la dia antara keburukkan teknologi. Huhuu.

Paling best nak tgk Aliya membesar lepas tu jalan sama2 dgn Aqilah pkai baju sedondon. Tomei gitu. Ahax!

XOXO
Maklang.

Saturday, July 14, 2012

The Day I Became Miss Fiancée


Assalamualaikum.

Tajuk post yg agak poyo. Hahaha. Suke ati! YES. Now technically and officially I am the fiancee of Mr. Mohd Hafizuddin Bin Mat Razali (hamik ko name penuh). Sehingga ke hari post ini di publish, sudah 7 bulan ++ sy pegang title ini. Hehee. Tarikh yg dipilih adalah 3 Disember 2011. Kenapa 3 Disember? haa... sbb time tu bnyk sdare mara available. Hahaha. Takda spesial2 tarikh oke. Kami tak obses dgn tarikh2 cun. So entry kali ni nak cerita bagaimana bermulanya plan nak tunang2 bagai ni sampai ke hari kejadian..Jeng3x..Tp nak bgtaw awal2 sy ni takda la nak menukar jantina blog sy ni kpd blog B2B ye. (contoh blog B2B click B2B!)Tidak sama sekali. Cuma terexcited nk crite psl menda yg jadi once in my lifetime ni (InsyaAllah). Hehehe.

Okeh. Back to the track. Kisah bermula time sy dgn Jude (Si Tunangku) tengah lepak2 minum dekat Alamanda. Time tu nak pergi wedding one of our schoolmate. Si Jude ni tiba2 (not so tiba2 sgt la) tanya kalau nak buat majlis bertunang berapa kos, hantaran, bla bla bla. Sy yg agak expert (bebuat je) sbb dah ada experience kakak bertunang ni pon dok la menjawab soalan dia dgn bersemangat. Tak terlintas kt kepala sy ataupun kat mulut dia nak ajak bertunang. Kitorang ni walopon dah kenal 6, 7 tahun (tak ingat dah exactly, hahaha) tak pernah nak plan serius2 pasal bab2 ni. So lepas balik dari kenduri member tu pergilah terus beraya dekat rumah Jude (oh, time ni baru lepas raya). Tengah sedap2 makan spaghetti, di depan mak beliau dan maklong beliau, lantas En Jude ni dengan selamba terus berkata, 


“Ok, dah semua org ada kat sini jomla kita plan nak bertunang. Bulan depan ok?”

Hampir nak terkeluar spaghetti dr mulut, nasib baik tak menyemboq. Cis, ni yg buat sy rasa nak sorok muka dalam handbag ni. Mak and Maklong dia pon excitedla. Sy? Senyum jeee…(dalam hati, siap kau nanti. At least bgtawla aku dulu. Huhu.)

Nak dipendekkan cerita, lepas sy kaborkan pd ayahanda dan bondaku, sesi risik merisik pon diadakan. Semangat betul si Dia menjelaskan maksud hatinye kat keluarga sy. Saya kat dapur telinga dah macam gajah curik2 dengar. Ekekeke. Maka, sebentuk cincin sebagai tanda di terima (sambil melompat2) :))

Di pendekkan lagi cerita, sesi persiapan majlis bertunang pon bermula. Bermula dgn theme color, tanpa syak wasangka lagi, Orange! Okeh. Lets pictures do the talk!

Ayah &Emak &Shaye <3
Kain: Mak beli time pergi Bandung.
Tempah: Butik Rose MZ, Kajang.
Beading kat tangan: DIY. (nak bagitaw jgk!)

Shaye &Hami <3
Shawl: Aalia by Gulati’s
Inner: Aalia by Gulati’s
Makeup: SENDIRI! Sambil tgk tutorial ini.
Barang-barang makeup: Kaklong’s collection and mine.




With The Hantarans
Bakul Hantaran: Kedai kat Ampang. Lupa dah nama kedai tu. Hehee.
Fresh Flowers & Sireh Junjung: Auntie Shanti (kawan mak. Dpt best price tu!)


 Backdrop: Kain beli kat Kamdar tempah kt Makcik dok Nanding dgn charge yg MAHAL! Bengang.

Future Mother in Law. InsyaAllah...

The Ladies.

Berebut cokelat.
Doorgift: Wani which is my cousin’s wife. She made this beautiful choc!

The Awesomers! <3

Rombongan lelaki sampai awal 15minit. Majlis start pukul 11.00 am. Thanks to my besties & all my friends yg sudi datang! Tak buat  besar pon kenduri, just jemput saudara mara and kenalan yg terdekat je. Kepada sesiapa yg tak terjemput jgnla kecil hati. Tunang je baru. Nanti kahwin confirm I jemput. Hehehe.

Abes dah cerita 7 bulan lepas. HAHAHAHAHA!

XOXO
:*

Friday, July 13, 2012

2012 First Entry!

Assalammualaikum.

Baru je lepas menggeledah blog ni yg dah lama tak dikunjungi. Baca balik entry2 lama rasa best la plak. Oh, itu rupanya kegunaan blog. Bagi kita ingat balik old memories. Walaupun jarang gilak hapdet. Hahaha. So kali ni sy tanak menabur janji2 palesu lagi kunun2 nak rajin hapdet. Hehehe. Disebabkan untuk beberapa bulan ni maybe la sy akan berada lama di depan PC, so MUNGKIN sy akan rajen hapdet. (KahKahKah). Lelagi ada banyak menda akan/bakal/mungkin terjadi within this year! HOMAI!

Next post I will share something that happened last year. (Dah basi tp ade haku kesah? Hak3!)






XOXO
:)