Friday, August 17, 2012

93 Days Before The Big 'W' - Kerja Hujung Minggu

Update sebelum Raya:

Last week Kakngah &Abg Lokman balik dari Johor. Sebab raya ni dorang beraya kat Kelate. So a week before raya haruslah pulang ke Langat untuk berjumpa keluarga ye dok. Hehe. So, kesempatan yang ada digunakan untuk mengajak/memaksa Kakngah teman aku pegi collect kad kahwenku di kedai Kad KahwinMu. Ye. Kad kahwen saya dah siap. Memang awal and pantas mereka buat kerja. Hahaha. Janji nak siap bulan 9 sekali awal puasa dah siap. Aku amik vendor ni time Festival Kerja Kahwin dekat PICC bulan 3 ke 4 ntah dah lupa. Aku memang cari yang sehabis murah tapi still la nak nampak nice kan. Kalo nak murah sangat buat pakai Photoshop pastu gi fotostet laa. Hahaa.


Maka Sabtu tu aku, Kakngah &Abg Lokman pon gi la ke Pandan Indah nak collect kad tesebut. Aritu time nak design gi ngan Jude, so kali ni En Jude ni sebok je memanjang, aku gi la sendiri. Dan seperti biasa, aku memang tak ingat jalan (sbb tu bawak Kakngah &Abg Lokman. Hehe). Berpusing2 la jugak kat bangunan kedai2 tu, akhirnya jumpa. Lepas settle balance deposit semua next stop is Sri Angsana Caterer, Taman Nirwana Ampang. Kat Angsana ni aku amik pakej catering, pelamin & baju. Tapi, haritu sblm raya dah pergi ngan Jude nak pilih baju, malangnya taka da size kami (Ye, kami berdua size sgt RARE). So aku decide baju amik tempat lain. Pelamin je amik kat Angsana. So, kali ni aku nak finalizekan pelamin aku and decide nak contra dgn apa baju yg aku tak jadi amik tu.

Seperti biasa lagi, aku tak berapa ingat jalan lagi. HAHAHHAHAHA. Ape taknya, ni jalan dari arah Pandan Indah memangla aku tak familiar sgt. Hik3. Aku bersyukur dikurniakan kakak &abg ipar yang sgt PENYABAR. Hahahha. Berpusing2 la jugak kami. Sampai je Angsana aku jumpa ngan Kak Zana. Selalunye, sebelum ni aku slalu berurusan dgn Kila. Aku Tanya la Kila mana kan sbb dia dah taw camne design yang aku nak. Rupa-rupanya Kila dah berhenti sbb sambung study (she’s only 21!) So, Kak Zana ni la yang take over aku. Kak Zana ni org lama tp aku tak pernah jumpa dia lagi. Agak peramah &senang berbincang. Pelamin aku ni letak dalam rumah. So size dia limited and aku pikir tak perlu la nak hebat2 bagai. Tak semua tetamu masuk rumah. Pelamin ni just tempat bergambar2 je (aku tak buat merenjjis bagai tu). So aku pilih yg simple and nice. Paling penting banyak bunga. Hehehe. Aku harap la sangat dorang buat cantik2 pelamin aku ni. Oh ye, Kak Zana suggestkan baju di contra dgn PA system + Deejay. Oke gak tu since aku pon belum ada org lagi. Call ayah tanya, ayah ckp asalkan deejay dia bukan merapu2 sgt. Hahaha. Mana la aku nak tawkan. Kak Zana ckp boleh je, nanti bgtaw kat deejay tu. Settle!
~ HoHo ~
So, aku rasa puas hati sikit sbb dah begerak sket check list/planner aku. Menda yang paling aku risau sekarang ni ialah DOORGIFT. duhhh!
KBai.
:’|

p/s: Next update nak story mory pasal aku berDIY. Ekekeke. :P

Wednesday, August 15, 2012

Testing

Ollo~
Percubaan 1,2,3...

Hak3. Try test power blogging guna phone. :P


Tuesday, August 14, 2012

MooDy

Hari ni saya isytiharkan 'Hari Tak Ada Mood Sedunia'..!

Serius rasa tak ada mood harini. Mood ku telah dibawa pergi oleh angin2 panas terik kat Mesia ni. Huhuhu. Antara punca2 aku tak ada mood hari ni adalah kerana:

1. Flight & Air Asia
Bengang. Sebab baru perasan promotion dah habis hari ni which I was about to book our flight ticket. Arghhh! Naik dalam 2rat juga. Banyak la jugak tu. Geram! Geram! So, terus tak jadi nak book dulu. Grrr!

2. Boss & Renovation
Boss hari2 push bila renovation nak siap. Hari ni contractor datang lambat. Apa lagi ngamok la boss. Aku ni nak buat garang kat contractor pon seba salah sbb ni contractor lama dorang. Dorang dah biasa ngan contractor ni. Tapi bengang la jgk dah bape lama delay. Lepas raya kot baru siap. Tu pon belum finalize furniture, equipment etc. Kang aku buat bodo kang salah, bila aku nak buat ade je yang tak kena ngan dorang, tak ikot style dorang yang dah keja lama tu. Aduhhh. Tension lagi.

3. Officemate & Shut up
Dapat officemate (sorang pon dah ckop) yang BANYAK cakap memang pening. Tak berhenti bercakap and keep repeating the same things. Oh, dia bukan pon becerita ngan aku, tapi dok bercerita ngan orang lain (which org tu pon dah malas nak layan) tapi macam nak cerita 1 office. Annoying. Damn annoying.

4. Kahwin & Preparation
Oke. Ni pon buat pening. Banyak tak settle lagi. Malas nak cerita pepanjang pasal ni. Sebab makin hari makin dekat tarikh n makin serammmm...

Maka, dengan sebab ini aku rasa malas nak buat kerja &nak balik rumah cepat and tidur. Ataupon dapat gi hiburkan hati adalah sangat awesome sekali tatkala ini.

Oh mood, please come back to me.

Thursday, August 9, 2012

100 days before The Big 'W'


me : tengok check list sambil garu kepala yang tak gatal.
OHMAI!

Saturday, August 4, 2012

Weird is Pelik is Aku

Aku ada perangai pelik. Aku rasa semua org pon mesti ada perangai pelik. Antara perangai pelik aku ialah aku suka misteri, benda yg pelik, sifat ingin tahu yang kuat, yang kena menyiasat. Mungkin dulu aku pernah berangan nak jadi penyiasat. Aku igat lagi time aku darjah 5 aku dan geng2 aku buat 1 kumpulan penyiasatan. Kitorg gelar diri kitorang FBI (ye, FBI kat amerikah itu). Kitorang siap ade buku 555 untuk catat nota n rekod apa2 yang misteri. Kitorang siap minta signature dari cikgu2 sekolah untuk mengiktirafkan kumpulan kitorang (cikgu2 gelak je time nak sign tu). Asal penubuhan kumpulan FBI ni sebab kami berlima didatangi mimpi yang sama pada malam yang sama. Mimpi pasal bukit. Ye.. BUKIT. Sila gelak. Antara misteri yang cuba diselesaikan oleh kami ialah classmate kena sampuk sbb main dengan mentadak mentadu, kisah belakang bukit (tanak cerita sbb i sorg2 tulis entry di tgh mlm ini. huhu) n apa tah lagi yang aku dah lupa. Walaupun kumpulan FBI ini terkubur selepas aku bepindah sekolah, tapi minat aku pada cerita2 misteri atau apa2 yang memerlukan penyiasatan tetap beterusan. Aku suka pinjam buku kat library pasal misteri/penyiasatan. Kadang2 weekend aku amik kunci library sekolah kat mak aku (mak aku ada kunci library ok) aku dan kakak aku masuk library main game and amik buku (of course buku penyiasatan) tanpa kebenaran. Tapi lepas tu kitorang pulangkan la balik.

So bila dah besar remaja ni aku punya perangai ni masih ada.. Mungkin tak ada la niat nak tubuh pasukan penyiasatan lagi. Tapi aku perasan aku ni kalo tgh tgk movie ke n tetiba rase mcm familiar pelakon dia, aku akan pause n googling. Dah puas hati taw sapa actor dia baru aku akan sambung balik. Aku suka baca (i mean googling) pasal 7 wonders, misteri alam, kisah2 lama. Senang cakap, kalau aku dah terdetik nak taw pasal something tu aku akan cari sampai aku puas hati. Jadi masalah kat aku gak peerangai aku ni sebab selagi aku tak puas hati menda ni akan keep bugging aku, menghantui aku, aku akan selalu terpikir n aku jadi susah la kan. Ada 1 lagi kes yang aku sampai sekarang tak dapat solve and keep bothering me. Perangai aku ni bukan setakat time tgk movie je, or baca buku/paper/article je. Ianya termsuk kat dunia real life aku. Kehidupan seharian aku. Contohnya, aku nak taw pasal boss baru aku tanpa bertanya dia siapa dia. So aku google nama dia, kalau perlu tgk twitter/fb dia, tgk dia pnya style mcm mana, background etc. Kes lain bekaitan perangai aku ni, ada 1 girl dekat fb aku ni yang aku tak kenal (kami friend sbb main game je) yang aku rasakan gambar2 dia tu plastik. Aku tataw napa aku rasa dia mcm amik gambar org lain n claim itu gambar dia. Cara dia photoshop tu mcm superimposed. Sumpah it keep bothering me. Aku tanak unfriend dia ataupun hide dia sbb aku suka baca komen2 mamat2 yg tergila2kan girl ni. HAHAHAHA. So, sekarang aku ni gila ke, psycho ke, atau pelik? Aku ni tak reti nak amik menda mudah. Bak kata org putih take it easy. Aku mesti nak membesarkan jugak. So sekarang aku ni complicated, right?

So lagi, bila perangai pelik aku ni jadi masalah kat org lain, or ada org complaint, aku terdiam n pk. Aku ni dah nyusahkan org ke? Aku tak sentuh pon org itu. Aku just cari jalan penyelesaian nak puas kan hati aku yang nak sgt tahu. Ini aku. Aku tak taw nak buat tak taw mcm kau buat tak taw. Taw? Kalau tak taw, aku pon tak taw nak ckp ape. U have to accept me or nobody's stopping u from leaving.

:)

Friday, August 3, 2012

3 Months before The Big ‘W’ – Layahku

Pening. Pening. Pening.

I’ve been thinking to make my own veil. Cewah… Bunyi mcm hebat je kan. Hahaha. Baca blog-blog B2B banyak yg DIY, save cost and most important, menepati apa yg kita mahu! Tapi conflict yg sedang berlaku di dalam diri ini adalah ‘what suits me best and my dress?’ Rasa mcm nak gi tanya Rizalman Ibrahim je. Hahahaha! Mcm la dia nak layan kan. Sobss.. :'(

Yang nak DIY ni utk veil reception. Since my dress adalah dari material chiffon, rasa mcm nak buat veil chiffon je. Tapi normally org pakai veil chiffon time nikah. Takan nikah pon nak DIY? Rugila sbb dah sewa kat butik (sewa semua peralatan nikah; veil+accessories+samping+bantal). Pastu tgh pening survey design pilihan hati, nak labuh mana, beads mcm mana, nak match dgn tudung gaya mcm mana. Oh! Pening-Pening!

Kita minum kopi dulu tenangkan hati.(bagi yang tidak berpuasa)
Cheers.

xoxo