Thursday, July 19, 2012

Ahli Baru...!


Introducing........... (drum roll)






NUR ALIYA IRDINA!

"Ollo...! Shaye Liya..I'm 2 months old now...:)"

Alhamdulillah! This beautiful, adorable, irresistible baby girl was born on 17th May 2012; 8.31am with 3.61 kg at Hospital Pantai, Bangsar. She is Aqilah’s younger sister!

Ni fresh lagi ni. Baru 2 hari.
Tetomei get ready nak di'botak'kan..hehee


2 minggu selepas Aliya dilahirkan di dunia ini, Kenduri Aqiqah telah pun diadakan bertempat di teratak Atok & Nenek.

Buai berendoi by Buai Berendoi Sicomel.
* Kecuali bunga telur tak ditempah. Sila kagum dgn bunga telur tersebut. Kekekee.

Aliya dah tukar baju baru nak amik gamba dalam buai. Huhuu.

Saya minta soft Pink, tp dia bg pink terang. Patot kena bagi discount.

Atok mencukur.

Org2 kuat kenduri. Termasuk cenonet di tengah iteww.
"Shaye selepas dibotakkan."

Yang specialnya time kenduri ni bunga telur adalah DIY by ME. Hahaha. Sila bangga dengan diri sendiri. *Tepok2. Plannya nak try test power kalau menjadi nak buat bunga telur sendiri time kenduri kahwen saya nanti. Tapi, tatawla sempat ke tak nak menganyam bunga kertas itu. Huhu.

Seronok jgk ber DIY ni. Berminggu-minggu jugak nak siapkan 50 batang. SHJ.
Hehehehe.

Seronok & meriah rumah kalau ada budak kecik ni. Aqilah pon makin membesar dan semakin bijak. Tengok dia membesar buat saya rasa terharu sgt. Apa taknya, saya yang jaga dia kejap time dia baby, tengok 1st step dia, main dgn dia, gadoh ngan dia. Isk. dah besar ni dah takmo main ngan Maklang lagi. Asek Ipad aje. Ni la dia antara keburukkan teknologi. Huhuu.

Paling best nak tgk Aliya membesar lepas tu jalan sama2 dgn Aqilah pkai baju sedondon. Tomei gitu. Ahax!

XOXO
Maklang.

Saturday, July 14, 2012

The Day I Became Miss Fiancée


Assalamualaikum.

Tajuk post yg agak poyo. Hahaha. Suke ati! YES. Now technically and officially I am the fiancee of Mr. Mohd Hafizuddin Bin Mat Razali (hamik ko name penuh). Sehingga ke hari post ini di publish, sudah 7 bulan ++ sy pegang title ini. Hehee. Tarikh yg dipilih adalah 3 Disember 2011. Kenapa 3 Disember? haa... sbb time tu bnyk sdare mara available. Hahaha. Takda spesial2 tarikh oke. Kami tak obses dgn tarikh2 cun. So entry kali ni nak cerita bagaimana bermulanya plan nak tunang2 bagai ni sampai ke hari kejadian..Jeng3x..Tp nak bgtaw awal2 sy ni takda la nak menukar jantina blog sy ni kpd blog B2B ye. (contoh blog B2B click B2B!)Tidak sama sekali. Cuma terexcited nk crite psl menda yg jadi once in my lifetime ni (InsyaAllah). Hehehe.

Okeh. Back to the track. Kisah bermula time sy dgn Jude (Si Tunangku) tengah lepak2 minum dekat Alamanda. Time tu nak pergi wedding one of our schoolmate. Si Jude ni tiba2 (not so tiba2 sgt la) tanya kalau nak buat majlis bertunang berapa kos, hantaran, bla bla bla. Sy yg agak expert (bebuat je) sbb dah ada experience kakak bertunang ni pon dok la menjawab soalan dia dgn bersemangat. Tak terlintas kt kepala sy ataupun kat mulut dia nak ajak bertunang. Kitorang ni walopon dah kenal 6, 7 tahun (tak ingat dah exactly, hahaha) tak pernah nak plan serius2 pasal bab2 ni. So lepas balik dari kenduri member tu pergilah terus beraya dekat rumah Jude (oh, time ni baru lepas raya). Tengah sedap2 makan spaghetti, di depan mak beliau dan maklong beliau, lantas En Jude ni dengan selamba terus berkata, 


“Ok, dah semua org ada kat sini jomla kita plan nak bertunang. Bulan depan ok?”

Hampir nak terkeluar spaghetti dr mulut, nasib baik tak menyemboq. Cis, ni yg buat sy rasa nak sorok muka dalam handbag ni. Mak and Maklong dia pon excitedla. Sy? Senyum jeee…(dalam hati, siap kau nanti. At least bgtawla aku dulu. Huhu.)

Nak dipendekkan cerita, lepas sy kaborkan pd ayahanda dan bondaku, sesi risik merisik pon diadakan. Semangat betul si Dia menjelaskan maksud hatinye kat keluarga sy. Saya kat dapur telinga dah macam gajah curik2 dengar. Ekekeke. Maka, sebentuk cincin sebagai tanda di terima (sambil melompat2) :))

Di pendekkan lagi cerita, sesi persiapan majlis bertunang pon bermula. Bermula dgn theme color, tanpa syak wasangka lagi, Orange! Okeh. Lets pictures do the talk!

Ayah &Emak &Shaye <3
Kain: Mak beli time pergi Bandung.
Tempah: Butik Rose MZ, Kajang.
Beading kat tangan: DIY. (nak bagitaw jgk!)

Shaye &Hami <3
Shawl: Aalia by Gulati’s
Inner: Aalia by Gulati’s
Makeup: SENDIRI! Sambil tgk tutorial ini.
Barang-barang makeup: Kaklong’s collection and mine.




With The Hantarans
Bakul Hantaran: Kedai kat Ampang. Lupa dah nama kedai tu. Hehee.
Fresh Flowers & Sireh Junjung: Auntie Shanti (kawan mak. Dpt best price tu!)


 Backdrop: Kain beli kat Kamdar tempah kt Makcik dok Nanding dgn charge yg MAHAL! Bengang.

Future Mother in Law. InsyaAllah...

The Ladies.

Berebut cokelat.
Doorgift: Wani which is my cousin’s wife. She made this beautiful choc!

The Awesomers! <3

Rombongan lelaki sampai awal 15minit. Majlis start pukul 11.00 am. Thanks to my besties & all my friends yg sudi datang! Tak buat  besar pon kenduri, just jemput saudara mara and kenalan yg terdekat je. Kepada sesiapa yg tak terjemput jgnla kecil hati. Tunang je baru. Nanti kahwin confirm I jemput. Hehehe.

Abes dah cerita 7 bulan lepas. HAHAHAHAHA!

XOXO
:*

Friday, July 13, 2012

2012 First Entry!

Assalammualaikum.

Baru je lepas menggeledah blog ni yg dah lama tak dikunjungi. Baca balik entry2 lama rasa best la plak. Oh, itu rupanya kegunaan blog. Bagi kita ingat balik old memories. Walaupun jarang gilak hapdet. Hahaha. So kali ni sy tanak menabur janji2 palesu lagi kunun2 nak rajin hapdet. Hehehe. Disebabkan untuk beberapa bulan ni maybe la sy akan berada lama di depan PC, so MUNGKIN sy akan rajen hapdet. (KahKahKah). Lelagi ada banyak menda akan/bakal/mungkin terjadi within this year! HOMAI!

Next post I will share something that happened last year. (Dah basi tp ade haku kesah? Hak3!)






XOXO
:)

Thursday, December 8, 2011

Dear Emo

"There are two kinds of friends :

Those who are around when you need them

And those who are around when they need you."




:: Feeling lame tak hapdet blog. :B

Sunday, October 2, 2011

someone like you

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the lie.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
"I'll remember", you said,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead.
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,

You know how the time flies
Only yesterday it was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over, yeah.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
"I'll remember", you said,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead.

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
"I'll remember", you said,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead.
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts...
instead.




Monday, August 8, 2011

Aqilah


*sila abaikan persekitaran

Qilah ni setiap kali balik Langat mesti pakse aku buka crite 'Rio'...sbb abah dia tak beli dvd tu, so time balik kampung je lah dia akan tgk...mmg style bdk kenit ni kalau tgk cartoon akan repeat 44 kali (fuhh..!). Satu malam tu tgh aku khusyuk ber'internet' datang lah si kenit ni dok kat riba aku...

Qilah : Maklang....can i watch Blue Bird again...?
(Sbb siang tu aku dah pasang kat dia...Rio = Blue Bird)
Maklang : (dengan gaya paling kerek) In your dream...!
(sambil wat tak tahu)
Qilah : And dream come true........
Maklang : .............???


Budak2 sekarang....haihhh....

Wednesday, August 3, 2011

Pulang ke Baling

Wah...! Rajin sungguh aku menghapdet entry lately ni. Bukan ape, boss takda 2 minggu. So aku ada banyak (tersangat bnykkk) masa terluang. Boring gile! Rasa macam nak lari balik rumah tidur. Lagi2 bulan puasa ni. Kalau bukan bulan puasa mmg dah buat partay makan2 ni. Hehee..
Macam biase. Camwhoring time boss takda :D
Last week aku balik ke kampung Kedah dengan Kaklong, Abg Amin dan Aqilah. Nenek kat kampong nak buat kenduri tahlil arwah tokwan. Dah sebulan lebeh tokwan meninggal. Ingat lagi time balik kampong tokwan mesti sambut depan rumah dengan senyuman dia. Tokwan tak pernah putus ngan senyum dia. RIndu sangat.
Time kitorang balik ni musim buah. Arwah tokwan tanam macam2 pokok dari dulu lagi. Rambutan, durian, manggis, duku, langsat semua ada. Lepas tu arwah tokwan akak panggil anak2 dia balik amik buah. Kalau ada yang tak balik arwah tokwan akan hantar guna bas. Rindu sangat!
Kali ni balik tak ada sambutan dengan senyuman manis tokwan. Tak nampak dah tokwan ke hulur hilir bawak buah ajak makan.

Tu dia buah rambutan yang tersangat lebat.

Kalau diperhatikan betul2 ada 2 makhluk di atas pokok ini.

Ni buah manggis. Kalau tak kenal jangan mengaku orang Malaysia.

Haa..taw tak ni buah ape? Ni la buah kopi..taw??

Qilah & Imran in action.

Terlebeh eksited. Kih3x~

Hanya doa yang tak pernah putus yang dapat kami berikan kepada tokwan.
Semoga arwah tokwan di tempatkan di tempat orang2 beriman.
Amin...
Arwah Tokwan bersama emak di Hari Raya Aidilfitri 2010